Monday, May 11, 2009

PERKARA-PERKARA YANG PERLU AMBIL PERHATIAN OLEH GRADUAN-GRADUAN

Tarikh-tarikh Penting

Acara Tarikh Tempat:-

Raptai Konvo Pertama Hari Rabu 13hb Mei 2009 mulai 8.00 pagi Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas

Raptai Konvo Penuh Hari Khamis 14hb Mei 2009 mulai 8.00 pagi

Majlis Konvokesyen Hari Sabtu, 16hb Mei 2009 mulai 8.00 pagi

Majlis Malam Kesyukuran Hari Sabtu (Malam Ahad), 16hb Mei 2009 mulai 7.15 malam Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas

Kedatangan
Graduan hendaklah melapor diri kepada Marshal Graduan pada jam 8.00 PAGI.

Kehadiran adalah WAJIB. Graduan yang tidak menghadirkan diri di latihan raptai dikira menarik diri dari menghadiri Majlis Konvokesyen. Jika graduan bercadang untuk tidak menghadirkan diri di Majlis Konvokesyen, graduan tersebut hendaklah memaklumkan kepada Kerani Pendaftar secara bertulis sebelum 12 Mei 2009.

Pakaian Graduan
Graduan hendaklah berpakaian kemas dan sopan semasa latihan raptai serta membawa pakaian akademik (jubah) pada latihan raptai konvo penuh.

Pakaian Graduan [Semasa Majlis Konvokesyen]
Graduan Lelaki: Cara Melayu berwarna putih, bersongkok berserta pakaian akademik (jubah). Selipar / sandal adalah dilarang.
Graduan Perempuan: Baju Kurung atau Baju Kebaya berwarna putih, bertudong putih, berserta pakaian akademik (jubah). Selipar / sandal adalah dilarang.

Pakaian Graduan [Semasa Majlis Malam Kesyukuran]
Graduan Lelaki: Pakaian Kebangsaan / berpakaian kemas
Graduan Perempuan: Pakaian Kebangsaan / berpakaian sopan

Mengambil Gambar
Para graduan dan tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar semasa Majlis Konvokesyen berlangsung di dalam dewan. Walaubagaimanapun, pihak institut ada menyediakan perkhidmatan tempahan gambar graduan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung di dalam dewan.

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lebih lanjut, sila layari laman web www.itb.edu.bn atau hubungi Kerani Pendaftar di talian 2461021-9 (10 talian).

No comments: